TENTANG KAMI

PENGENALAN FLENAZ


Flenaz Synergy Resources adalah satu syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada 31 Ogos 2017. Flenaz Synergy Resources (FSR) diterajui oleh dua tonggak utama iaitu Puan Nastasha Nordin dan Puan Norlaila Yusof. Penubuhan syarikat Flenaz Synergy Resources bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan kelengkapan rumah yang mampu milik tetapi berkualiti tinggi dengan menggunakan jenama LEYNA.

Selain itu, Flenaz Synergy juga menawarkan peluang perniagaan bagi rakyat Malaysia dan sekitar yang gigih ingin menjana pendapatan, samada pendapatan sampingan atau utama. Bagi mencapai tujuan ini, Flenaz Synergy menitikberatkan pengurusan yang sistematik melalui penyediaan sistem-sistem yang teratur; sistem rekod agen, sistem pengurusan pesanan, sistem melaporkan aduan dan sistem ganjaran yang sentiasa menitikberatkan kebajikan agen.

Flenaz Synergy juga mementingkan kualiti walaupun di tahap hubungan pihak pengurusan di antara Flenaz dan agen. Di atas penekanan ini, Flenaz Synergy telah menggunapakai sistem pesanan atas talian melalui laman web sejak dari hari pertama penubuhannya. Ini bagi bertujuan untuk memudahkan tugasan agen serta memastikan agen-agen sentiasa maklum akan pesanan masing-masing. Selain itu, Flenaz juga memastikan rekod agennya disimpan dengan teratur dengan pemberian nombor ID agen sejak mula penubuhan Flenaz Synergy lagi. Dengan cara ini, Flenaz Synergy mempunyai kekuatan untuk memantau kawasan dan lokaliti agen-agennya. Sehingga penghujung April 2018, seramai 265 agen berdaftar telah direkodkan, dan 208 orang dropshipper telah berjaya mendaftar di bawah Flenaz Synergy.

Flenaz Synergy juga sentiasa berusaha untuk memastikan agen-agen Flenaz sentiasa diberi ganjaran yang setimpal secara adil dan saksama. Dengan kelebihan sistem rekod agen Flenaz yang teratur, misi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada usia 8 bulan penubuhan Flenaz Synergy, seramai 35 orang Leader telah dilahirkan. Selain itu, seramai 8 orang Leader telah menerima anugerah kecemerlangan di dalam penjualan masing-masing, dengan salah seorang leader telah layak menerima 2 kali anugerah tersebut di atas kecemerlangan beliau. Kesemua penerima anugerah ini menerima jongkong emas tulen 999 sebanyak 1g bagi setiap kali anugerah.

Bermula Januari 2018, Flenaz Synergy telah menganugerahkan Top Monthly Achiever Award pada peringkat perseorangan dan juga peringkat kumpulan. Sejak anugerah ini diperkenalkan, bermula bulan Februari 2018, ada agen dan kumpulan yang telah menepati syarat yang ditetapkan dan layak menerima anugerah Top Monthly Achiever Award ini di dalam kategori masing-masing.

Bagi semua anugerah-anugerah di dalam Flenaz Synergy, semua pemenang dan agen yang telah menepati syarat kelayakan akan diumumkan pada awal bulan berikutnya. Ini adalah kelebihan yang diterima oleh ahli Flenaz Synergy di atas system informasi dan data yang teratur dan sistematik.

Flenaz Synergy juga menitik beratkan hubungan kekeluargaan yang dibina atas nama hubungan perniagaan ini. Dengan matlamat ini, Flenaz Synergy telah mengadakan beberapa acara yang mengumpulkan agen-agen Flenaz di bawah satu bumbung bagi bertemu pengasas Flenaz dan ahli-ahli Flenaz yang lain secara bersemuka. Antara acara yang diadakan ialah sesi motivasi pada bulan Januari 2018, dan Majlis Doa Selamat pada bulan April 2018. Selain daripada acara yang dianjurkan oleh pihak HQ Flenaz, beberapa orang Leader juga mengambil inisiatif sendiri untuk menganjurkan sesi latihan di dalam kumpulan masing-masing bagi meningkatkan ilmu pemasaran atas talian setiap ahli dan juga bagi menaikkan semangat dan motivasi sesama sendiri. Ini merupakan kelebihan dan kekuatan Flenaz Synergy yang sentiasa menitikberatkan hubungan erat dan hubungan kekeluargaan yang dibina atas nama kesatuan dan usaha bersama.




FOUNDER FLENAZ SYNERGY RESOURCES

PUAN NORLAILA YUSOF

Pn Norlaila Yusof merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat Flenaz Synergy Resources bersama Puan Siti Nastasha Nordin. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi MARA di dalam bidang perakaunan. Selepas menamatkan pengajian, beliau terus ditawarkan pekerjaan di Telekom Malaysia sebagai Eksekutif Kewangan.

Beliau memulakan perjalanan perniagaan bermula tahun 2013, memfokuskan kepada barangan bayi. Perniagaan ini dijalankan di atas talian sepenuhnya, semasa beliau berpantang anak pertama. Kesulitan berpantang tidak dipandang sebagai penghalang, sebaliknya masa berehat digunakan sepenuhnya untuk menjana pendapatan tambahan, dengan bantuan suami menguruskan urusan pengeposan dan penghantaran kepada pelanggan berdekatan. Keuntungan perniagaan atas talian di rumah sepenuhnya telah mencecah 4 angka sepanjang tempoh berpantang.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Walaupun sibuk dengan tuntutan sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar sepenuh masa di sana, beliau tetap tidak membuang masa senggang yang ada. Beliau mengambil peluang menjual barangan bayi, barangan rumah, kelengkapan dapur dan pelbagai lagi produk jenama antarabangsa yang mudah dan murah didapati di United Kingdom untuk memenuhi tuntutan pelanggannya di Malaysia. Perniagaan atas talian tetap dijalankan bersama bantuan suami untuk menguruskan hal-hal logistik. Jarak beribu batu di antara beliau dan pelanggannya di Malaysia tidak mematahkan semangat beliau. Hasilnya, setiap bulan pasti ada barang pesanan pelanggan Malaysia yang dihantar pulang, dan beliau menjana pendapatan sampingan sebanyak 3-4 angka setiap bulan.

Sekembalinya ke Malaysia setelah berjaya membawa pulang Ijazah Sarjana, beliau tetap menjalankan perniagaan, kerana berniaga telah menjadi sebahagian dari diri beliau. Beliau meneruskan perniagaan menjual barangan bayi, sehinggalah beliau bertemu Puan Siti Nastasha Nordin untuk menyertai beliau menjual produk barangan rumah. Dalam tempoh 3 bulan, beliau telah berjaya naik ke tahap leader dan kemudiannya menguruskan 23 orang agen di bawah kumpulannya.

Pada bulan Ogos 2017, beliau telah berbincang bersama Puan Siti Nastasha Nordin untuk menubuhkan syarikat bagi mengatasi beberapa masalah yang datang dan bagi membela nasib ahli kumpulan mereka. Hasilnya, tertubuhlah Flenaz Synergy Resources yang diterajui oleh Puan Nastasha Nordin dan Puan Norlaila Yusof, bersama suami masing-masing. Pengalaman Puan Norlaila berkhidmat di syarikat multinasional selama 5 tahun digunakan sebaiknya bagi menerajui syarikat dengan sistematik, teratur dan terancang yang menghasilkan sistem terbaik untuk seluruh organisasi Flenaz Synergy Resources.

PUAN NASTASHA NORDIN

Puan Nastasha Nordin merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang aktif menjalankan perniagaan di atas talian bagi mengembangkan cabang income keluarganya.

Memiliki Ijazah Sarjan Muda di dalam bidang Elektrikal dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, dan pernah berkhidmat di sebuah kilang On Semiconductor Sdn Bhd, Senawang sebagai Manufacturing Engineer. Berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan staff dan membuat keputusan berkenaan pengeluaran produk semasa beliau menggalas tugas sebagai Engineer disana. Seterusnya beliau mengembangkan potensi dan mula berkhidmat bersama SIRIM (M) Sdn Bhd sebagai Metrologist di bahagian Mekanikal. Disini beliau menjalankan aktiviti tentukuran dan pensijilan yang melibatkan penentusahan Akta Malaysia. Banyak melibatkan diri didalam tentukuran untuk barangan di dalam dan diluar negara. Sentiasa terlibat untuk memberi kursus khas di dalam bidang ini dan pernah dihantar ke luar negara untuk mewakili Malaysia bagi membentangkan hasil ‘comparison’ diantara semua National Metrology Laboratory di Asia.

Setelah 4 tahun berkhidmat disana, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan fokus untuk menjaga 2 orang cahaya mata dirumah. Namun, semangat juang tidak luntur dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambahkan income keluarga. Bermula menjual barangan baby bersama ibu seterusnya menjual produk kesihatan menjadi medium terbaik untuk beliau belajar berkenaan sepak terajang dunia bisnes. Semakin lali apabila sentiasa diuji dengan masalah bisnes menjadikan beliau semakin kuat dan sentiasa upgrade ilmu bisnes tidak kira dimana jua pon. Menjadikan Cikgu June Mohd Som sebagai antara mentor bisnes beliau sehingga beliau sendiri digelar ‘Stretegist yang mempunyai DNA Diamond’ oleh gurunya itu, makin membuatkan beliau bersungguh-sungguh di dalam dunia bisnes ini.

Dengan kelebihan yang ada, beliau mula mengorak stretegi dan bina sistem pengurusan sendiri bagi mencapai impian diri dan keluarga. Pernah menjana 5 angka sebulan bersih setelah 2 bulan terlibat di dalam bisnes sebelum ini dan menghasilkan hampir 50 orang leader dan mampu mempertahankan sale lebih RM500K sebulan. Kini, beliau mula memasang stretegi untuk membina sistem yang mudah dan berkesan untuk ahli kumpulan yang lain mampu duplicate cara yang sama sehingga kesemua mereka berjaya mengecapi impian yang diharapkan.

Pada bulan Ogos 2017, beliau telah berbincang bersama Puan Norlaila Yusof untuk menubuhkan syarikat bagi mengembangkan kemampuan ahli kumpulan mereka. Ketika itu, hanya ada beberapa orang yang setia mengikuti mereka membina syarikat baru dan menjual produk baru. Ternyata, kesetiaan mereka merupakan asbab kejayaan demi kejayaan yang Flenaz Synergy Resources perolehi kini. Segala pandangan, perhatian, kerjasama, idea, malah sumbangan tenaga dari kesemua ahli kumpulan itu membuatkan mereka semakin kuat dan mempu bersaing dengan lebih kukuh lagi. Malah, sokongan padu dari suami beliau sendiri, menjadikan syarikat ini lebih mudah berkembang dengan laju dan mencapai impian dengan mudah.

Hasil dari pengalaman lepas, sama ada dalam bidang pekerjaan mahupon bisnes, menjadikan beliau berdua sesuai digandingkan bersama kerana mempunyai kelebihan dan kekuatan masing- masing. Kini misi dan visi syarikat sangat jelas dalam mewujudkan produk-produk yang berkualiti serta mampu memberikan sumber pendapatan yang kukuh bagi ahli kumpulan mereka yang ingin membuat pendapatan tambahan atau sebagai pendapatan utama. Yang penting, jika ada kehendak dan keazaman yang kuat, serta ilmu yang betul dan kekuatan group yang saling memberi dan menerima, ternyata kejayaan lebih mudah di miliki bersama.

‘’…Kayakan orang dahulu. Allah akan hantarkan kita Bahagia selalu…’’



PENGURUSAN FLENAZ SYNERGY RESOURCES

MOHAMAD AZLI CHE AZHAR

Kelayakan Akademik
1. BSc in Electrical Engineering, UTeM

Pengalaman Kerja
2008 – 2012 Planning Engineer, Sime Darby Engineering Sdn. Bhd.
2012 – 2014 Planning Engineer, THHE Fabricators Sdn. Bhd.
2014 – 2015 Planning Engineer, Aker Solutions Sdn. Bhd.
2015 – 2017 Senior Planning Engineer, THHE Fabricators Sdn. Bhd.

MOHD FAIROUZ ABU BAKAR

Kelayakan Akademik
1. BSc in Chemical Engineering, UiTM

Pengalaman Kerja
2009 – 2018 Jurutera, Ancom Crop Care Sdn Bhd