Siapa yang tidak mahu bebas hutang kan? Bak kata orang putih, achieving financial freedom. Pada awalnya hanya mendaftar sebagai ejen, sekarang Puan Ismah, atau lebih akrab disebut sebagai kak Semah, sudah menjadi “leader” dalam membantu lebih ramai lagi para ejen menjana keuntungan dengan hanya menjual bantal!

Pada awal menceburkan diri menjual bantal Leyna, kak semah tidak mempunyai sebarang modal untuk menjadi agen. Namun berkat kesungguhan mempromosi & membuka pre order menggunakan whatsapp selama hanya DUA hari sahaja, kak semah berjaya mengumpulkan 60 biji bantal untuk dijual dan akhirnya sah mendaftar sebagai ejen.

Ketika menceritakan kisah perjalanan dengan Bantal Leyna, kak semah sempat berkongsikan mengenai keperihan menanggung hutang sehinggakan rumah yang mereka diami hampir disita! Namun, semua keperihan itu terbayar apabila mereka berjaya mendapatkan kebebasan kewangan apabila, hutang peribadi dan hutang rumah berjaya dilangsaikan menggunakan untung dari menjual bantal Leyna.

Kini, Kak Semah konsisten memperolehi bonus 4 angka selama 6 bulan sejak menjadi leader serta mendapat berbagai pengiktirafan dan hadiah dari HQ Leyna. Kata Mutiara dari Kak Semah, “Belajar dan belajarlah tanpa jemu.  Buat dan fokus sampai jadi. Allah Maha mendengar dan melihat setakat mana keyakinan kita akan rezekinya. Sekecil usaha Allah pandang jika benar telus dan ikhlas, kemudian tawakal. InshaAllah kejayaan pasti milik kalian.”

 


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!