Apabila balik dari tempat kerja mesti kita rasa penat dan perlukan rehat. Ada diantaranya yang skip makan malam mereka dan terus ke kamar tidur. Kononnya diet dan ingin menjaga berat badan. Namun, kita tidak boleh abaikan waktu makan malam sebelum tidur. Makan malam sangat penting untuk memastikan perut kita tidak meragam semasa tidur.

Bagi mereka yang mengamalkan diet, mereka tidak akan makan selepas waktu 7 malam kerana bimbang berat badan naik. Walau bagaimanapun, ia adalah mitos kerana tubuh manusia ini akan menjalankan kerja membakar kalori. Jadi, jangan percaya dengan mitos tersebut.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengekalkan penurunan berat badan walaupun anda makan lewat malam?

Pentingnya karbohidrat semasa sarapan pagi

Pastikan anda sarapan pagi dahulu. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kerana ia dapat memberi tenaga kepada kita.

Makanan seimbang”

Pastikan makanan yang anda makan adalah seimbang. Banyakkan sayur-sayuran, protein dan lemak.

“Berjalan kaki”

Selepas makan malam, lakukan aktiviti berjalan kaki selama 10 minit. Ia dapat melancarkan proses penghadaman dan meningkatkan metabolisme anda. Namun, pastikan anda makan malam 3 jam sebelum tidur agar proses penghadaman berjalan dengan baik.

Elak makanan yang mengandungi tinggi kalori”

Elakkan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi serta makanan yang manis. Sebaiknya makan makanan yang mengandungi bijirin buah-buahan atau bijirin yang mengandungi kandungan serat yang kaya dengan vitamin dan nutrien.


Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat agar ia tidak menganggu kesihatan dan tidur anda.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!