Sakit belakang apabila bangun dari tidur? Apakah sebab yang menyebabkan ia berlaku? Rasa sakit belakang boleh disebabkan beberapa faktor seperti masalah kecederaan, masalah kesihatan dan gaya hidup seseorang. Kesakitannya berbeza-beza dari akut sehingga ke kronik sama ada sakit di bahagian atas atau bawah belakang.

Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada tidur anda sehingga menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup. Jadi bagaimanakah cara untuk mengubatinya. Berikut merupakan laporan dari Health24, yang dikongsikan beberapa cara untuk mengatasi masalah sakit belakang.

  1. Tukar posisi tidur

Untuk mengatasi masalah sakit belakang, apa kata anda mengubah posisi tidur anda dengan cara iaitu jika anda tidur secara mengiring, letakkan bantal diantara lutut bagi memastikan kedudukan pinggang, pinggul dan tulang belakang berada dalam keadaan baik. Manakala jika anda tidur meniarap, letak bantal di bawah perut bagi mengurangkan tekanan di kepala. Dan akhir sekali tidur secara terlentang. Pastikan anda letakkan bantal di bawah lutut bagi memastikan berat badan anda diimbangi dengan betul.

2. Tukar tilam

Tilam adalah tempat untuk kita tidur. Jika tilam yang anda gunakan menyebabkan anda tidak selesa anda perlu menukarnya. Contohnya, jika anda mengalami sakit pinggang, anda boleh menggunakan tilam yang keras manakala jika anda mengalami sakit belakang, anda perlu mengelak dari menggunakan tilam yang lembut.

3. Perhatikan tabiat sebelum tidur

 Sebelum tidur perhatikan tabiat tidur anda. Adakah anda seorang yang suka minum minuman yang mengandungi alkohol dan kafein. Jika ada, elakkan pengambilan minuman tersebut kerana ia boleh menganggu tidur anda.

Jadi, pastikan anda tidur pada waktu yang betul dan amalkan gaya hidup yang sihat.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!