Siapa kat sini yang masih memiliki bantal busuk? Bantal busuk memang memberi keselesaan kepada tuannya tetapi tahukah anda, bantal yang tidak di basuh atau ditukar boleh menjejaskan kesihatan anda.

  • Semasa tidur, bantal yang kita peluk itu mengandungi sisa sel kulit, air liur, kelemumur dan macam-macam kuman yang berada di situ. Sisa sel kulit yang berada di bantal adalah makanan kepada hama dan kutu kecil. Setelah kekenyangan, binatang ini akan meninggalkan najisnya. Akibatnya anda lebih mudah mengalami masalah selesema, demam dan batuk.
  • Oleh itu, pastikan anda menukar sarung bantal 1-2 minggu sekali dan bagus jika anda dapat basuh bantal setiap 6 bulan. Anda juga boleh menjemur bantal di matahari panas kerana ia dapat membunuh kuman seperti hama apabila di jemur. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, anda digalakkan untuk menukar sarung bantal kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk.

Kesimpulannya, pastikan anda menjaga kebersihan bantal kerana bantal yang bersih dan selesa dapat meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan anda.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!