
Pada zaman kini, teknologi semakin maju dan manusia juga begitu. Ada yang membawa barang gadjet ke dalam bilik tidur untuk menggunakannya seperti laptop dan telefon. Ini kerana mereka gemar menghabiskan masa di dalam bilik dengan laptop seperti menonton drama atau bermain game.
Namun tahukah anda, tabiat seperti ini adalah tidak bagus. Ini kerana ia dapat menjejaskan kesihatan dan tidur anda.
Dari segi kesihatan, ianya dapat merosakkan mata anda kerana jarak antara skrin laptop dengan anda perlulah sejauh 20 sm.
Selain itu, apabila terlampau khusyuk menggunakan laptop sehingga lewat malam, ia akan membuatkan mata anda kelihatan letih dan tidak bermaya.
Malah, ia juga menganggu waktu tidur anda. Sebaiknya, elakkan menggunakan laptop dan telefon di dalam bilik tidur. Ini kerana bilik tidur adalah bilik untuk anda berehat. Jadi, pastikan anda membahagikan waktu tidur dengan waktu untuk menggunakan gadjet.