Ramai yang mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata atau eyebag. Ianya disebabkan masalah kurang tidur yang menjadi masalah utama kepada golongan wanita.
Anda sepatutnya tidur pada waktu yang sama dan mengamalkannya secara konsisten. Jika tidak, berlakulah masalah eyebag yang menyebabkan anda kelihatan letih dan tidak bermaya.
Kebiasaannya, ramai yang mengamalkan petua meletakkan uncang teh dan timun di mata bagi mengurangkan masalah eyebag. Tetapi, kali ini kita menggunakan Vaseline sebagai satu cara untuk mengatasi masalah eyebag.
Cara-caranya ialah:
- Calitkan sedikit Vaseline ke tangan anda. Sapukan sedikit di bahagian bawah mata yang gelap. Lakukannya setiap hari sebelum tidur.
Sangat penting untuk anda amalkan rutin ini setiap hari sebelum tidur. Barulah nampak kesannya. Selamat mencuba.