Flenaz Synergy adalah satu syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada 31 Ogos 2017.  Flenaz Synergy diterajui oleh dua tonggak utama iaitu Puan Nastasha Nordin dan Puan Norlaila Yusof. Penubuhan syarikat Flenaz Synergy bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan kelengkapan rumah yang mampu milik tetapi berkualiti tinggi dengan menggunakan jenama LEYNA.

Selain itu, Flenaz Synergy juga menawarkan peluang perniagaan bagi rakyat Malaysia dan sekitar yang gigih ingin menjana pendapatan, samada pendapatan sampingan atau utama. Bagi mencapai tujuan ini, Flenaz Synergy menitikberatkan pengurusan yang sistematik melalui penyediaan sistem-sistem yang teratur; sistem rekod agen, sistem pengurusan pesanan, sistem melaporkan aduan dan sistem ganjaran yang sentiasa menitikberatkan kebajikan agen.


Peneraju barang kelengkapan rumah dengan menerapkan gaya antarabangsa yang memenuhi kehendak tempatan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia.

> Kami menyediakan produk yang direka dengan design mewah, memenuhi trend terkini, dalam memenuhi gaya hidup yang mampu memberi inspirasi, dengan harga yang berpatutan.

> Kami berhasrat untuk memupuk semangat hidup yang bahagia dan sihat, untuk mempromosikan positiviti dan melahirkan masyarakat yang saling menghargai.

Kami bercita-cita untuk mengekalkan identiti tempatan, meningkatkan kebanggaan negara dengan menerapkan gaya antarabangsa dan mewujudkan negara maju

 

NILAI KAMI

error: Content is protected !!